Home » Langit Terbuka » Israel tahan pemimpin Hamas di Tebing Barat

Israel tahan pemimpin Hamas di Tebing Barat

Israel menahan puluhan anggota Hamas seperti Jamal Al Tawil di Tebing Barat dalam beberapa minggu kebelakangan ini. - Foto TPIC

BAITULMAQDIS – Tentera Israel semalam mengesahkan pihaknya menahan pemimpin Hamas yang didakwa bertanggungjawab menubuhkan pangkalan gerakan Palestin di Tebing Barat.

Anggota pasukan khas menahan Sheikh Jamal al-Tawil di Ramallah lewat Selasa lalu, menurut tentera.

Tentera mendakwa Jamal al-Tawil memainkan peranan aktif dalam menganjurkan penentangan terhadap Israel dan menubuhkan semula ibu pejabat Hamas di Ramallah.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem di Gaza mengesahkan penahanan itu.

“Penahanan Jamal al-Tawil oleh pasukan penjajah tidak akan memadamkan suara penentangan di Tebing Barat,” katanya.

Penahanan itu berlaku selepas gencatan senjata dipimpin Mesir pada 21 Mei bagi menghentikan pertempuran selama 11 hari antara Israel dan Hamas, berikutan ketegangan memuncak di Baitulmaqdis.

Semalam, jurucakap Kementerian Dalam Negeri dikendalikan Hamad di Gaza, Iyad al-Bozom, berkata dua lagi pejuang Hamas maut ketika membongkar senjata Israel di kawasan yang dikepung.

Israel menahan puluhan anggota Hamas di Tebing Barat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, termasuk beberapa individu yang merancang mencalonkan diri dalam pilihan raya Palestin dijadualkan akhir Mei tetapi ditangguhkan oleh Presiden Mahmud Abbas.

Hamas menguasai Semenanjung Gaza yang dikenakan sekatan oleh Israel, sementara Fatah menguasai Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat.

Protes Palestin meletus di Tebing Barat sejak awal Mei, dengan 30 rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel. – AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *