Home » Langit Terbuka » Israel halang jenazah Fadi pulang ke Gaza

Israel halang jenazah Fadi pulang ke Gaza

Avigdor Lieberman

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman telah mengarahkan penguat kuasa Mesir untuk menghalang jenazah imam dan pensyarah Palestin di Malaysia, Dr. Fadi M. R. Albatsh, daripada dibawa pulang ke Gaza.

Lapor Palestine News Network semalam, Lieberman menyatakan bahawa, dia “telah membuat satu permohonan mengenai perkara ini melalui kaedah konvensional”, sambil menambah bahawa permintaannya itu relevan kerana sempadan Rafah dikawal oleh kedaulatan Mesir.

Lieberman turut berkata, bahawa rejim Israel sedang melaksanakan polisi baru yang melarang kemasukan jenazah pejuang gerakan Hamas untuk dikebumikan di Gaza.

Menurut laporan itu, Menteri Pendidikan Israel Naftali Bennett juga pada hari Sabtu berikrar untuk menghalang Hamas daripada membawa tubuh Fadi kembali ke Gaza untuk dikebumikan kecuali Hamas mengembalikan tentera Israel yang ditahan di Gaza.

Sebelum ini, mayat dua orang tentera Israel yang terbunuh, Simcha Goldin dan Oron Shaul, dan dua lagi penduduk Israel yang terselamat, Avera Mengistu dan Hisham al-Sayed, yang memasuki Gaza atas kehendak sendiri pada tahun 2014 dan 2015, kini sedang yang ditahan oleh Hamas.

Fadi, 35, dari pekan Jabalia, utara Gaza, telah dibunuh di hadapan kondominium Puteri Idaman di Setapak, ketika dalam perjalanan untuk solat subuh kira-kira pukul 6 pagi, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Kedutaan Palestin di Malaysia dilaporkan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dan Mesir untuk membawa pulang jenazah Fadi ke Gaza atas permintaan keluarga allahyarham. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *