Home » Langit Terbuka » Israel adalah negara pembunuh kanak-kanak

Israel adalah negara pembunuh kanak-kanak

SIVAS 11 Dis. – TURKI. Presiden Turki,Tayyip Erdogan menggelar Israel sebagai pengganas dan negara pembunuh kanak-kanak lapor CNN.

Dalam ucapannya, dia turut mengkritik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Baitulmaqdis adalah penting buat umat Islam, kita tidak akan meninggalkannya kepada negara pembunuh kanak-kanak.

“Kita akan meneruskan perjuangan menggunakan undang-undang dan demokrasi. Di Istanbul, kita akan satukan negara Islam tunjuk pada ‘mereka’ bahawa tidak mudah untuk merealisasikan rancangan itu,” katanya.

Sebelum ini, Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel mendapat kecaman penduduk Islam di seluruh dunia serta menyebabkan beberapa protes bantahan berlaku.

Dalam pada itu, Erdogan mendakwa pengumuman Trump berkaitan Baitulmaqdis adalah batal dan tidak sah.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberikan respons secara sinis kepada Erdogan.

“Saya tidak biasa menerima ceramah tentang moral daripada pemimpin yang mengebom penduduk kampung Kurdish di negara asalnya, penjarakan wartawannya, membantu Iran dalam sekatan antarabangsa.

“Serta membantu pengganas termasuk di Gaza dan bunuh orang tidak bersalah. Orang ini sepatutnya tidak mengajar kita,” balasnya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *