Home » Persuasif » Islamophobia mencuri perhatian di sidang IPU di Doha

Islamophobia mencuri perhatian di sidang IPU di Doha

Malaysia telah di tugaskan untuk mempengerusikan Mesyuarat “ASEAN + 3” -Jepun, China dan Korea, pada hari pertama mesyuarat Inter Parliamentary Union- IPU, di Doha, Qatar.

Mesyuarat IPU ke 140 di hadhiri oleh Ahli Parlimen dari 160 Negara dengan 2,000 wakil dari seluruh dunia.

Sebagai ketua delegasi Malaysia saya telah mempengerusikan Mesyuarat kumpulan “ASEAN + 3” tersebut di mana 5 Negara dari badan induk IPU telah mengemukakan Usul Tergempar.

Usul-usul tergempar tersebut di kemukakan oleh 5 Negara ia-itu Maghribi, Indonesia, Kuwait, Belanda dan Turki. Empat dari usul tersebut melibatkan isu kezaliman atas minoriti termasuk kaum Palestin, Uighur dan Rohingya serta pembunuhan di Masjid di New Zealand.

Jelas di kalangan kebanyakan ahli ahli IPU, termasuk juga yang bukan Islam, mereka melihat penindasan dan kezaliman keatas kaum minoriti makin ketara dan menjadi jadi.

Penindasan keatas kaum Palestin merupakan kebimbangan utama atas keberanian Israel dengan bantuan Amerika Syarikat- AS.

Bukan sahaja tanah mereka di rampas melalui penaklukan oleh Israel, tetapi maruah mereka di cemari dengan provokasi pengistiharaan Baitul Maqdis sebagai ibu Negara Israel dengan sokongan AS.

Penderitaan kaum minoriti Rohingya di Myanmar juga mencuri perhatian Negara-negara ahli IPU yang menggesa perhatian dan tindakan lebih cepat dan tegas di ambil untuk membantu mereka.

Islamophobia adalah fenomena yang paling mengerunkan dan merebak begitu luas sehinggakan negara yang begitu aman dan terpencil ,New Zealand, di landa pembunuhan 50 umat Islam semasa mereka sedang solat Jumaat. Islamphobia juga menular di Australia, Amerika Syarikat dan Peranchis di mana orang Islam sering menjadi sasaran cemuhan dan serangan fisikal.

Jawatankuasa Kumpulan ASEAN + 3 telah bersetuju mengesyorkan kelima-lima usul tergempar kepada jawatankuasa badan induk IPU untuk menimbang penerimaan usul usul tersebut memandangkan betapa seriusnya fenomena Islamophobia hari ini.

Apa yang nyata walaupun Negara bukan Islam Kuasa besar seperti China, Jepun dan Korea berada dalam kumpulan ASEAN+3 dan hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei mempunyai majoriti rakyat Islam, Negara negara bukan Islam lain dalam kumpulan ini juga menyokong penuh resolusi membela minoriti Islam yang teranaya.

Pada petangnya setelah Malaysia melapur sokongan dari kumpulan “ASEAN+3” kepada Jawatankuasa “ASIA dan PACIFIC”, sekali lagi resolusi tersebut di sokong untuk di terima dan terus di bawa ke Jawatankuasa utama Induk ICU- Inter Parliamentary Union .

Usur melalui I.P.U. ini kelihatan lebih bersemangat dan berkesan dari usur usur lepas yang di bawa olih OIC- Organisation of Islamic Council, atau Arab League yang telah berkali kali meluluskan usur demi usur tampa tindakan yang bermakna atau berkesan sehingga hari ini kelihatan begitu lemah dan tampa pengaruh lagi.

Islamophobia makin menular dan peristiwa hitam di New Zealand telah membawa kesedaran baru dan simpati kepada kaum minoriti yang perlu di lindungi dari penindasan yang berterusan.

Semoga sidang IPU ke 140 yang akan berakhir pada 10 April membawa harapan serta kesedaran baru untuk semua kaum minoriti Islam atau bukan Islam di seluruh dunia.

 

Datuk Raja Kamarul Bahrain Shah
Malaysia Dateline
8 April 2019

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *