KOTA BHARU – Program Ihya Ramadan Sebulan YADIM terus rancak dilaksanakan oleh badan dakwah ini.
Terbaharu di Masjid Al-Ihsan Kampung Mentuan, di sini pada 8 April, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah mengadakan kuliah Maghrib bertajuk “Persediaan Menyambut Ramadhan”.
Ia disampaikan oleh Ustaz Aziz Yahya. Turut hadir Pengerusi merangkap Iman Tua Masjid Al-Ihsan Ustaz Muhammad Awang.
Seramai 150 ahli kariah hadir bagi mendengar kuliah yang disampaikan. Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang juga hadir sama ke majlis ini.
KOMEN