Home » Langit Terbuka » Iran sifatkan ugutan Trump menghina demokrasi

Iran sifatkan ugutan Trump menghina demokrasi

TEHRAN 21 Dis. – Iran menyifatkan ugutan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menyekat bantuan kepada negara-negara yang mengundi menentangnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dalam isu Baitulmuqaddis sebagai penghinaan demokrasi.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, rejim Trump menghina demokrasi melalui ugutan terhadap negara yang berani menentang tuntutan ala `samseng’ AS di PBB.

“Trump menghina Iran sebagai `diktator’ namun AS mempunyai versi demokrasi tersendiri iaitu `sama ada bersama AS atau menentang AS’,” kata Javad yang disiarkan oleh portal Presstv. – Agensi

Artikel Berkaitan

Hormati Ijtihad Ulul Amri

PARA Ulama’ mempunyai peranan khusus mereka ketika memberi pandangan berdasarkan ilmu mereka, manakala para pemimpin Ulul Amri mempunyai kuasa membuat keputusan selepas

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *