Ipoh: “Saya tidak menjangkakan jawatan ini diberikan kepada saya. Insya-Allah, akan melakukan tugas dengan baik,” kata Senator Idris Ahmad.
Idris, 58, dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada 27 Ogos.
Idris berkata, dia akan berusaha melaksanakan tugas dengan baik atas kepercayaan diberikan.
Menurutnya, dia juga akan meneruskan usaha dan kecemerlangan dilakukan Dr Zulkifli sebelum ini.
“Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik dan akan memberi kerjasama (kepada semua pihak) serta akan jumpa (semua) agensi di bawah kementerian (apabila memulakan tugas nanti).
“Mohon doakan saya dapat melakukan tugas dengan (penuh) integriti dan mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan tugas,” katanya ketika dihubungi. – Harian Metro
KOMEN