Home » Langit Terbuka » Institusi zakat harus diurus dengan telus – Sheikh Ali Muhyiddin

Institusi zakat harus diurus dengan telus – Sheikh Ali Muhyiddin

SHEIKH Ali Muhyiddin menyampaikan ucapan di Ibu Pejabat MAIWP, hari ini. Turut hadir, Kamarulzaman (kiri). FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Sheikh Ali Muhyiddin Al-Qaradaghi mengingatkan bahawa sesebuah institusi zakat harus diurus secara telus bagi menyelesaikan masalah kemiskinan umat Islam di sesebuah negara.

Sheikh Ali Muhyiddin berkata, kutipan zakat di seluruh dunia dianggarkan mencecah sehingga USD4 billion (RM18.83 bilion) setahun dan jumlah itu sepatutnya boleh menghapuskan masalah kemiskinan dalam masa sekurang-kurangnya 10 tahun.

“Namun apakah punca dengan dana yang sebegitu besar kita masih tidak dapat selesaikan isu kemiskinan? Saya boleh memberi dua kesimpulan iaitu kutipan dan agihan zakat dilaksanakan secara tidak sahih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan kunjungan ke Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini hari ini sempena lawatan rasminya selama lapan hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *