Home » Langit Terbuka » Insiden 11 September didalangi Washington, Zionis bukan Afghanistan

Insiden 11 September didalangi Washington, Zionis bukan Afghanistan

WASHINGTON, 23 Ogos – Serangan 11 September 2001 ke atas menara berkembar World Trade Center (WTC) tidak dirancang oleh Afghanistan, sebagaimana yang didakwa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Ahli akademik AS, Dr Kevin Barret sebaliknya mendedahkan bahawa tragedi berkenaan dirancang oleh beberapa elemen dari Washington DC dan Tel Aviv.

“Insiden 9/11 telah dilakukan oleh gabungan Israel dan neo-konservatif Amerika bersama dengan sayap kanan dalam tentera AS serta pertubuhan risikan yang menolak rampasan kuasa dalaman Amerika,” katanya.

Dr Barret antara pengkaji insiden itu sejak akhir 2003 dan juga Ahli Panel Saintifik untuk Penyiasatan 9/11 berkata demikian dalam satu temu bual bersama Press TV semalam, sebagai mengulas kenyataan Trump dalam ucapan dasarnya mengenai Afghanistan.

Dalam ucapannya di Fort Myer, Virginia, Trump merancang agenda yang menyasarkan Afghanistan.

Trump menuduh Afghanistan sebagai pihak yang bertanggungjawab merancang dan mengarahkan serangan berkenaan dan mendakwa negara itu diperintah oleh sebuah kerajaan yang memberi perlindungan kepada pengganas.

Dr Barret berkata, meskipun Trump baharu sahaja memerintah AS, namun pendiriannya masih sama dengan pemimpin negara itu selama 16 tahun yang lalu, dengan menuduh Afghanistan sebagai dalang insiden berkenaan.

“Sungguh mengagumkan bagaimana impak kejadian 9/11 itu. Trump adalah orang terakhir yang biasanya diharapkan untuk terus melakukannya (menuduh Afghanistan).

“Apabila dia (Trump) mula menjawat jawatan itu, dia ragu-ragu mengenai peperangan asing, dan penglibatan terbuka.

“Malah, dia mengakui bahawa peperangan yang berlaku di Iraq dan Afghanistan telah menghancurkan ekonomi dan infrastruktur Amerika,” kata Dr Barret.- Agensi

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *