BUKIT MERRTAJAM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 1 Oktober telah berkunjung ke Community AIDS Service Penang (CASP), di sini bagi menyerahkan sumbangan kewangan sebanyak RM3,000.
Sumbangan ini bertujuan untuk menampung kos pengoperasian dan keperluan kepada 11 orang penghuni yang tinggal di CASP.
Kunjungan ini juga telah membuka ruang perbincangan dua hala di antara YADIM Pulau Pinang dan pihak CASP.
Simbolik sumbangan telah diberikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Muhammad Zikri Zulkifli kepada Pengerusi CASP, Amir Hamzah Bin Abdul Hashim.
Pada hari yang sama, inisiatif YADIM Peduli diteruskan lagi dengan menyantuni petugas dan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Setia Spice Arena, Bayan Baru Pulau Pinang.
Sumbangan juga turut dilakukan dengan memberi barangan makanan asas sebagai tanda menghargai usaha para petugas yang berkhidmat di PPV.
Seterusnya, YADIM Pulau Pinang berkunjung pula ke Mahaad Tahfiz Al-Ansar (MATAR), Balik Pulau dalam meneruskan misi menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM2,000.
Sumbangan ini untuk membantu operasi pihak MATAR serta meringankan beban guru-guru.
Bantuan pek barangan makanan asas juga turut disumbangkan.
Sumbangan telah diberikan oleh Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Hj. Ruslan kepada Mudir MATAR, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff.
KOMEN