Home » Langit Terbuka » Industri halal negara iktiraf 8 penerima

Industri halal negara iktiraf 8 penerima

MENTERI di Jabatan Perdana​​​​​​​ Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (tengah) bergambar bersama penerima anugerah pada majlis makan malam penghargaan di Kuala Lumpur, malam ini sempena Minggu Halal Dunia (WHW) 2018. - Foto BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR: Industri halal Malaysia malam ini memberi pengiktirafan kepada empat syarikat selain agensi kerajaan, badan penyelidikan, agensi penyiaran serta individu menerusi Anugerah Kecemerlangan Halal 2018 atas pencapaian ulung masing-masing dalam industri halal dunia.

Mendahului senarai itu, Brahim’s Holdings Bhd menerima Anugerah Kecemerlangan Halal atas sumbangan dan komitmen luar biasanya dalam pembangunan industri halal keseluruhan.

Anugerah Jenama Halal diberikan kepada ​​​​​​McDonalds Malaysia yang mempunyai jenama dan cap dagangan berprofil tinggi di samping kecemerlangan dan konsistensi kreatif syarikat dalam menggalakkan penerimaan antarabangsa dan mendukung integriti halal.

Anugerah yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di majlis makan malam penghargaan di sini malam ini sempena Minggu Halal Dunia (WHW) 2018.

Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri di Jabatan Perdana​​​​​​​ Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin.

Anugerah Pembangunan Bakat diberikan kepada Pembangunan Sumber Manusia di bawah​​​​​​​ Kementerian Sumber Manusia atas sumbangan cemerlang untuk menyokong pembangunan modal insan dalam ekonomi halal.

Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia menerima Anugerah Sains dan Penyelidikan Halal bagi idea inovasinya, termasuk usaha serta komitmen dalam menerajui penyelidikan dan pembangunan halal menerusi sains dan teknologi.

Sementara itu, Nestle (Malaysia) Bhd dan Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd masing-masing ​​​​​​​diumumkan sebagai penerima anugerah ​​​​​​​Syarikat Halal Antarabangsa Yang Berjaya dan Syarikat Halal Malaysia Yang Berjaya.

Agensi penyiaran awam nasional Jepun, NHK, pula menerima Anugerah Inisiatif Kesedaran Halal atas usahanya meningkatkan kesedaran pengguna dan menggalakkan organisasi serta firma global meneroka perniagaan halal.

Anugerah Kecemerlangan Halal 2018 juga memberi penghargaan kepada ahli sains politik Thailand, Allahyarham Tan Sri Dr Surin Abdul Halim Ismail Pitsuwan yang juga bekas Menteri Luar Thailand dan Setiausaha Agung ASEAN, menerusi Anugerah Khas, atas impak positifnya dalam pembangunan​​​​​​​ industri​​​​​​​ halal.

WHW 2018 yang bertema ‘Membangun untuk Masa Depan’ dianjurkan HDC, agensi pusat di bawah​​​​​​​ Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

WHW 2018 merangkumi tiga komponen utama iaitu Persidangan Halal Dunia (WHC) 2018 selama dua hari anjuran HDC yang bermula hari ini; Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) (4-7 April) oleh​​​​​​​ MATRADE serta Perhimpunan Halal Antarabangsa Malaysia (MyHA) (26 Mac-3 April) dihoskan oleh JAKIM. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *