Home » Langit Terbuka » Indonesia: Ratusan penduduk Islam bantah Facebook kerana diskriminasi

Indonesia: Ratusan penduduk Islam bantah Facebook kerana diskriminasi

Ratusan penduduk Islam Indonesia berhimpun di luar ibu pejabat Facebook di Jakarta. Foto : s.hdnux.com

JAKARTA 12 Jan. – Ratusan penduduk Islam Indonesia berhimpun di luar ibu pejabat Facebook di sini bagi membantah tindakan syarikat gergasi media itu yang didakwa mengamalkan diskriminasi.

Hal ini demikian kerana beberapa laman yang dikendalikan kumpulan konservatif di sini telah disekat atas alasan menyebarkan fahaman berbentuk kebencian.

“Kami mahu mengingatkan Facebook supaya kekal berkecuali dan tidak memihak kepada sesiapa.

“Banyak akaun (Facebook) yang menyebarkan kebencian terhadap Islam dan ulama dibenarkan beroperasi sebelum ini manakala akaun yang menyentuh mengenai bantuan kemanusiaan Islam seperti ini pula disekat,” kata jurucakap Barisan Pertahanan Islam (FPI), Slamet Maarif.

Dalam pada itu, Facebook memberitahu, menjadi dasar mereka untuk memadamkan mana-mana kandungan yang dipercayai melanggar piawaian komuniti daripada dimuat naik ke dalam laman sosial terbabit. –REUTERS

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *