Home » Citra Yadim » Imarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti

Imarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti

KOTA KINABALU 28 Ogos – Institusi keagamaan seperti masjidntidak hanya berperanan penting sebagai rumah ibada dan solat malah perlu diimarahkan melalui penganjuran program kemasayrakatan seperti gotong royong , aktiviti sosial dan aktiviti sukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bongawan Datuk Mohamad Alamin menyeru masyarakat Islam khususnya generasi muda bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti serta program sihat bagi mendekatkan diri kepada masjid.

Dalam masa sama Mohamad mahu aktiviti keagamaan serta program bermanfaat ini diperkasa serta diperbanyakkan pada masa akan depan demi melahirkan umat Islam yang beriman, memiliki sahsiah dan peribadi yang baik serta cerdas dari aspek fizikal dan mental.

“Memang tepat sekali, dalam menggalakkan masyarakat datang ke masjid adalah dengan cara penganjuran pelbagai aktiviti seperti gotong-royong,  jadi ramai yang akan datang untuk sama-sama mengindahkan dan membersihkan masjid,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai program 3M (Masyarakat Mesra Masjid) di Masjid Nurul Hidayah, Bongawan pada 20 Ogos lalu.

Program berkenaan adalah anjuran YADIM Zon Sabah dengan kerajsama  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JAINS) dan Masjid Nurul Hidayah Bongawan diisi dengan pelbagai aktiviti  dan program, antaranya solat dan tazkirah dhuha, serta aktiviti senaman dan gotong royong, membersih dan mengindahkan kawasan.

Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki berkata, program 3M antara lain bertujuan mendekatkan masyarakat dengan masjid dan tidak mahu masjid hanya menjadi tempat beribadat, malah masjid perlu  sebagai pusat pendidikan, perkembangan ilmu, kebajikan, pusat belia dan perniagaan

Jelasnya usaha itu mampu direalisasi jika ahli jawatankuasa dan kariah bergerak aktif menerusi sokongan masyarakat islam di daerah terbabit.

“Mudah-mudahan kita berupaya sedikit-sebanyak mendidik masyarakat supaya suka datang ke masjid dan dalam masa yang sama saya berseru kepada masjid di seluruh sabah ini supaya aktivit masjid ini lebih interaktif dan inovatif serta jangan bertumpu kepada aktiviti ibadat seperti kuliah ceramah semata-mata,’’ katanya.

 

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *