Home » Langit Terbuka » Imam, bilal tolak vaksin diberi kaunseling

Imam, bilal tolak vaksin diberi kaunseling

Imam dan bilal yang menolak vaksin tidak akan dikenakan tindakan undang-undang terhadap mereka, sebaliknya sesi kaunseling diberikan supaya mereka sedar kepentingan vaksin,jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). - Foto Kosmo

KOTA BHARU – Golongan imam dan bilal yang menolak vaksin Covid-19 akan diberi kaunseling untuk menyedarkan mereka kepentingan menerima suntikan tersebut bagi mengekang jangkitan Covid-19.

 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ketika kadar jangkitan pandemik itu masih tinggi di negara ini, terdapat dalam kalangan imam dan bilal berkeras enggan divaksin.

 

Katanya, perkembangan itu membimbangkan, lebih-lebih lagi imam dan bilal adalah golongan yang sentiasa bersama kelompok masyarakat setiap hari.

 

“Perkara ini kita pandang serius memandangkan suntikan vaksin Covid-19 adalah usaha kerajaan bagi membendung penularan virus Covid-19 dan sudah menjadi salah satu prosedur operasi standard (SOP) ketika ini.

 

“Kita tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka, sebaliknya sesi kaunseling diberikan supaya mereka sedar kepentingan vaksin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 

Terdahulu, beliau menyempurnakan penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang secara pandu lalu di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kampung Landak, Pengkalan Chepa. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *