Home » Langit Terbuka » Ikim lancar CD Syarahan dua Ulama Muda

Ikim lancar CD Syarahan dua Ulama Muda

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin (dua, kiri) menyerahkan CD kepada Ustaz Muhammad Ayman Al-Akiti (dua, kanan) sempena pelancaran CD bertajuk Jawharah Al-Tawhid dan Master of Love di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) hari ini melancarkan dua cakera padat (CD) kompilasi syarahan umum dua tokoh ulama muda yang sedang meningkat naik, Sheikh Muhammad Ayman Al-Akiti dan Sheikh Mohammed Aslam.

CD audio pertama bertajuk ‘Daurah Kitab Jawharah al-Tawhid’ itu mengandungi syarahan lengkap kitab Jawharatul Tauhid oleh Imam Ibrahim al-Laqqani yang disyarahkan semula oleh Muhammad Ayman.

Manakala, CD audio kedua bertajuk ‘Prophet Muhammad, The Master Of Love’, menceritakan tentang kehidupan dan sifat-sifat agung Nabi Muhammmad SAW oleh Sheikh Mohammad Aslam dalam bahasa Inggeris.

Ketua Pengarah Ikim Prof Dr Azizan Baharuddin berkata kompilasi syarahan itu bertujuan mengekang fahaman ekstrem dan liberal yang semakin tersebar luas melalui media sosial dan internet.

“Kandungan CD ini bertepatan dengan inspirasi Ikim dalam menangani cabaran pemikiran semasa yang boleh mengelirukan fahaman umat Islam.

“Pengajaran daripada syarahan ini juga amat berguna di zaman keruntuhan akhlak hari ini dan betapa jauhnya umat Muhammad SAW daripada akhlak Baginda yang agung,” katanya ketika berucap pada majlis perlancaran CD itu, di sini hari ini.

Kedua-dua CD itu, mula dijual hari ini pada RM20 seunit dan boleh didapati di laman web, www.ikimniaga.my atau di Bahagian Pemasaran, Ikim di Langgak Tunku, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *