KOTA BHARU – Bertempat di pejabat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Kelantan di sini, telah diadakan program Iftar Bersama Saudara Kita pada 14 April.
Program bersama YADIM Kelantan ini dihadiri seramai 65 orang saudara kita daripada kalangan ahli ahli MACMA di negeri ini.
Ia dimulakan dengan tazkirah daripada Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang, sebelum majlis berbuka puasa diadakan dan solat Maghrib berjemaah.
Hadir sama ialah pengerusi MACMA Kelantan, Dr Johari Yap.
YADIM Kelantan dan MACMA telah mengatur beberapa lagi program bersama untuk diadakan selepas ini.
KOMEN