Home » Langit Terbuka » Ibu tunggal, Loh Siew Hong dibenar cabar penukaran agama anak kepada Islam

Ibu tunggal, Loh Siew Hong dibenar cabar penukaran agama anak kepada Islam

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan untuk izin melakukan semakan kehakiman dikemukakan ibu tunggal yang beragama Hindu, Loh Siew Hong, bagi mendapatkan deklarasi bahawa bekas suaminya tidak layak secara sah untuk mengislamkan anak mereka.

Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, aduan Siew Hong mempunyai merit untuk didengar mahkamah, memetik laporan FMT.

“Permohonannya untuk mendapat kebenaran tidak remeh, sebaliknya kesnya boleh dipertahankan,” kata hakim dalam menyampaikan keputusannya menerusi prosiding dalam talian.

Pada Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan permohonan semakan kehakiman Siew Hong terhadap status penukaran agama secara sepihak anak-anaknya akan diketahui pada hari ini.

Sebelum ini, Loh Siew Hong pada 25 Mac telah memfailkan permohonannya untuk melakukan semakan kehakiman dengan menamakakan Pendaftar Mualaf Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri sebagai responden.

Dalam pada itu, beliau juga pernah memohon pengisytiharan bagi ketiga-tiga orang anaknya yang di bawah umur serta beragama Hindu.

Bekas suaminya, M Nagahswaran juga tidak memiliki sebarang keupayaan dari segi undang-undang untuk membenarkan pihak pendaftar mendaftarkan anak-anak mereka sebagai mualaf tanpa persetujuannya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *