Home » Lagenda » IBNU HAITAM

IBNU HAITAM

ILMUAN ISLAM TERBESAR dalam bidang fizik, khususnya optic, bernama Abu Ali Hasan al- Haitam atau Ibnu Haitam. Di dunia Barat beliau lebih dikenali dengan nama Alhazen. Beliau membuat banyak penemuan dalam bidang fizik dan optic. Ibnu Haitam dilahirkan (956) di Basra, Iraq. Beliau dibesarkan di Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu. Di dua kota yang inilah beliau menimba ilmu, baik agama mahupun umum, hingga menjadi ilmuan terkenal. Beliau kemudian pergi ke Andalusia (kini Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari optic sehingga terkenal dalam bidang optic. Pada tahun terakhir hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik hingga akhir hayatnya. (1039). Kemasyhurannya sebagai ilmuan menyebabkan Ibnu Haitam pernah diminta oleh pemerintahan Fatimiyah untuk mengatasi banjir Sungai Nil yang melanda negeri itu setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa yang dibuatnya kerana keterbatasan peralatan yang ada pada masa itu.

PENGARUH BARAT

Ibnu Haitam memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu pengetahuan moden. Teori optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger Bacon dan Johannes Kepler. Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan yang kemudian diguna pakai dan di dikembangkan di Barat. Pendapatnya dalam bidang astronomi tentang lapisan atmosfera dan pekiraannya tentang jarak matahari dari jasad angkasa lainnya dipercayai mempercepatkan penemuan- penemuan ilmuwan Barat tentang kosmologi moden.

HUKUM PEMBIASAN

Selama di Sepanyol, Ibnu Haitam melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optic. Penemuannya yang terkenal ialah “hukum pembiasan’, yakni hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut penbiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut masuk. Dalam fizik moden, hukum ini dikenal dengan nama “hukum pembiasan snell” yang bersempena nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.

TEORI PENGLIHATAN

Ada satu teori Ibnu Haitam yang terkenal tentang penglihatan mata manusia. Beliau menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Menurut Ibnu Haitam, bukan mata yang memberikan cahaya, justeru benda yang dilihat itulah memantulkan cahaya ke mata manusia. Teori yang dikemukakan oleh Ibnu Haitam dalam bidang fizik dan optic menjadi rujukan ilmuwan Barat dan hingga kini terus bertahan dalam dunia ilmu pengetahuan.

AL- MANAZIR

Ibnu Haitam merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan dan memiliki banyak karya penulisan dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku, namun hanya sedikit sahaja yang selamat. Peninggalannya yang terkenal ialah Kitab al- Manzir yang mengandungi penjelasan tentang teori optic serta Mizan al- Hikmah, buku falsafah yang juga mengandungi teori fizik. Kitab al- Manazir telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad pertengahan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *