Home » Langit Terbuka » Hukuman transgender ikut SOP,tiada diskriminasi

Hukuman transgender ikut SOP,tiada diskriminasi

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - Foto BuzzKini

KUALA TERENGGANU – Tindakan yang diambil ke atas golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) akan dibuat berlandaskan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan undang-undang dengan mengambil kira kesan aktiviti songsang mereka kepada masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, jika aktiviti mereka memberi kesan buruk kepada masyarakat, maka tindakan sewajarnya perlu diambil.

“Jadi apa yang telah ada dalam enakmen itu, boleh jalan tak ada apa. Perkara seperti ini kita rasa seolah-olah mengancam, sebenarnya tidak.

“Kita tengok polis dia jalankan SOP dengan baik, kita tengok JPJ jalankan SOP dengan baik, maka sama juga dengan bahagian penguatkuasaan pejabat agama atau di negeri masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Multaqa Guru Takmir, Imam, Bilal dan Guru KAFA di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu.

Tambah Zulkifli dakwaan pendekatan dakwah tidak membantu transgender kembali ke pangkal jalan malah menjurus kepada masalah mental adalah tidak benar.

Bagi tujuan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memperhalusi modul istitabah (konsultasi) khusus buat transgender yang dijangka siap dalam tempoh terdekat.

Beliau juga berkata sedia bertemu dengan golongan LGBT dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk berdialog serta berbincang berkenaan kekeliruan yang timbul. – AlHijrahNews

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *