Home » Langit Terbuka » Hukuman mati 33 kesalahan dibawah lapan akta, dimansuhkan

Hukuman mati 33 kesalahan dibawah lapan akta, dimansuhkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, keputusan (memansuhkan hukuman) itu dicapai secara kolektif pada 10 Oktober lalu

KUALA LUMPUR – Kabinet telah memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan, termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, keputusan itu dicapai secara kolektif pada 10 Oktober lalu.

Kata beliau, akta tersebut terdiri daripada Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961 dan Akta Angkatan Tentera 1972.

Selain itu, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 antara lapan akta tersebut.

“Susulan daripada keputusan itu, satu memorandum telah diedarkan kepada semua kementerian berkaitan untuk mendapatkan pandangan berkenaan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sidang Dewan Rakyat, hari ini

Beliau menjawab soalan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang meminta kerajaan menyatakan pendirian berhubung pemansuhan hukuman mati sama ada akan memberikan pengecualian kepada jenayah kejam.

Pada sesi tersebut, Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) turut mengemukakan soalan tambahan yang bertanyakan sama ada hukuman mati dibawah Seksyen 302 iaitu membunuh dengan niat juga dimansuhkan. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *