Home » Langit Terbuka » Hina Islam, menteri: Polis mula menyiasat

Hina Islam, menteri: Polis mula menyiasat

Tangkap layar seorang pengguna yang didakwa menghina Islam di Facebook. - Foto OhBulan

KUALA LUMPUR: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tiga pengguna Facebook mengeluarkan kenyataan berunsur lucah, hasutan dan penghinaan terhadap Islam serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya akan mengambil tindakan susulan.

Semua kes itu masih dalam siasatan polis,” katanya kepada BH, hari ini (16 Mei)

Sementara itu, seorang pengguna ketika dihubungi memaklumkan, pemilik akaun Facebook dikenali sebagai ‘King Lim’, ‘Ahbaobao Bao Ah’ dan ‘Nicholas Chin’ didakwa memuat naik kenyataan berkenaan di ruangan komen Facebook sebuah portal berita, kelmarin.

Katanya, ketika itu portal berkenaan sedang menyiarkan ucapan Zulkifli mengenai status solat Jumaat di seluruh negara susulan penularan COVID-19.

“Polis perlu menjalankan siasatan secepat mungkin bagi menunjukkan pasukan keselamatan itu tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat ketenteraman awam.

“Pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera terhadap mereka yang menghina Islam dan mencerca menteri agama (Zulkifli).

“Dalam hal ini, kita jangan politikkan isu berbangkit, sebaliknya menekankan kepentingan aspek saling menghormati dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan bangsa di negara ini,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *