Pagi ini 14 Syawal 1439H bersamaan 28 Jun 2018M, Warga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mendapat perkhabaran menyedihkan apabila diberitahu tentang Tuan Haji A. Karim Omar yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.05 minit pagi ini.
Allahyarham dikenali sebagai seorang yang teguh dalam memperjuangkan Islam daripada awal hidupnya hingga ke akhir hayatnya.
Allahyarham amat aktif bergerak bersama NGO-NGO Islam dan lantang dalam menyuarakan hak-hak Islam.
Pemergiaannya adalah satu kehilangan yang amat besar bagi umat Islam.
Salam takziah dari kami warga YADIM buat seluruh ahli keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada dan solihin. AL-FATIHAH
.
“Kehilangannya belum pasti berganti”
KOMEN