PUTRAJAYA – Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad menyarankan supaya dihentikan stigma bahawa orang dan agensi agama sebagai lemah dan tidak pandai urus tadbir.
Beliau berkata, perkara itu akan cuba dicapai dengan mengambil tindakan tindakan seperti menghendaki pegawai di kementerian beliau mengemukakan kad laporan secara mingguan mengenai kerja yang mereka dilakukan.
“Saya nak kerja dengan keikhlasan, amanah, profesional, adil dan integriti tinggi.
“Setiap bulan jika dipanjangkan umur, saya akan memberi hadiah kepada pekerja yang melebihi sasaran tinggi seperti (kerja) 200%. Kita akan umum kepada seluruh jabatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Tausiah ‘Am di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, pada 12 Mac.
Dalam ucapannya juga, Zulkifli turut menekankan konsep masa yang disifatkannya seperti emas.
Beliau berkata, masa adalah berkait rapat dengan kehidupan.
“Oleh itu kita mahu sentiasa datang awal, ‘punch card’ awal dan siap (kerja) awal.
“Kedua kena tepat masa dan tindakan mesti pantas. Tindakan tidak boleh lambat sebab kemajuan adalah bersama kepantasan. Tanpa kepantasan itu satu kelemahan,” katanya. – FreeMalaysiaToday
KOMEN