KUALA LUMPUR – Anak lelaki Datuk Ismail Kamus meminta semua pihak tidak memberikan sebarang berita palsu mengenai ayahnya terutama membabitkan berita kematian dan keluar hospital.
Mohd Firdaus Ismail dalam kenyataannya juga meminta mana-mana pihak agar tidak menyiarkan gambar tokoh agama itu yang tidak tepat selari dengan situasi sekarang.
”Saya mohon semua orang dapat menghormati pihak keluarga. Saya agak terkilan kerana memberi tekanan kepada kami untuk menjawab persoalan yang tidak benar.
”Berita rasmi dan sahih hanya akan keluar daripada 2 sumber sahaja iaitu saya sendiri sebagai wakil pihak keluarga (Ustaz Mohd Firdaus Dato’ Ismail) dan Exco Penerangan Pusat Perubatan Darussalam (Ustaz Abdul Hadi Jusoh),” katanya.
Mohd Firdaus meminta semua supaya terus mendoakan kesembuhan ayahnya. – MalaysiaGazette
KOMEN