Home » Langit Terbuka » Henti polemik kaum, belajar hadis untuk murid Islam – Anwar

Henti polemik kaum, belajar hadis untuk murid Islam – Anwar

Sumber gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak menghentikan polemik perkauman kerana semua rakyat dijamin hak sama rata dan keadilan.

Merujuk modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dilancarkan Kementerian Pendidikan pada 19 Ogos lepas, Anwar berkata ia hanya disasarkan kepada murid beragama Islam dan tiada paksaan bagi bukan Islam untuk mempelajarinya.

“Mata pelajaran ini untuk anak-anak Islam dalam Pendidikan Islam. Tanyalah dulu, jangan marah dulu.

“Kalau hari ini saya datang ke Little India, pelampau-pelampau ini akan kata Anwar jaga India saja. Bila soal Melayu, termasuk teks anak-anak Islam baca hadis, kata Anwar ni jaga Islam saja. Semua tak kena,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur D’Medan Selera Madani di Kompleks Tun Sambanthan, hari ini yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami.

Anwar berkata adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai pemimpin untuk memastikan Islam dihayati dan difahami dengan betul.

Modul hadis itu bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah, antara lain untuk memupuk semangat kasih sayang, selain menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar serta guru beragama Islam.

Program rintis modul itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Sebelum ini, terdapat beberapa pertikaian mengenai pelaksanaan modul itu antaranya daripada Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois yang membantah perkara itu dan mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta hak kebebasan beragama.

Bagaimanapun Kementerian Pendidikan menjelaskan modul itu hanya diajar kepada murid beragama Islam. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *