Home » Langit Terbuka » Harussani puji Mujahid berani menyatakan kebenaran isu LGBT

Harussani puji Mujahid berani menyatakan kebenaran isu LGBT

Mufti Perak berkata, tindakan menurunkan poster ikon LBGT tepat kerana berani menyatakan kebenaran dan secara tidak langsung mempertahankan kredibiliti institusi agama Islam

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa yang mengarahkan poster berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam satu pameran di Pulau Pinang diturunkan.

Menurutnya, tindakan itu tepat kerana berani menyatakan kebenaran dan secara tidak langsung mempertahankan kredibiliti institusi agama Islam.

Beliau berkata, perbuatan mempromosikan ikon-ikon LGBT di khalayak ramai adalah usaha untuk menggalak dan mengiktiraf perbuatan haram tersebut.

“Tahniah dan syabas kepada Menteri Agama kerana kerana berani menyatakan kebenaran apabil mengarahkan poster berkaitan golongan LGBT dalam satu pameran di Pulau Pinang diturunkan. Tindakan itu secara tidak langsung mempertahankan kredibiliti institusi agama Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Harussani, LGBT adalah perbuatan mungkar yang dilaknat oleh Allah sama ada dilakukan secara terus terang atau sembunyi.

“LGBT  menyalahi hak kemuliaan seseorang manusia kerana ia menafikan perhubungan melalui perkahwinan yang sah dan diiktiraf syarak,” katanya.

Kelmarin, Mujahid mengaku mengarahkan poster berkaitan golongan LGBT dalam pameran fotografi ‘Stripes and Strokes’ di George Town, Pulau Pinang diturunkan.

Mujahid berkata, pameran berkenaan bertujuan promosi golongan LGBT yang bertentangan dengan polisi Pakatan Harapan dalam isu LGBT. –

 

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/harussani-puji-mujahid-berani-menyatakan-kebenaran-isu-lgbt-1.726419

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *