Home » Langit Terbuka » Harussani gesa jangan berlembut lagi

Harussani gesa jangan berlembut lagi

IPOH 24 Nov. – Negara Islam termasuk Malaysia tidak perlu berlembut lagi dengan mana-mana negara yang melakukan penindasan dan kezaliman terhadap masyarakat Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pendirian negara-negara Islam berhubung penindasan itu perlu dilakukan secara terang-terangan dan bukan sekadar ugutan atau cadangan semata.

“Mereka juga lakukan kezaliman dan pembunuhan secara terang-terangan, jadi buat apa kita berlembut lagi, pendirian yang dibuat biar tegas. Kalau terus diam, seolah merestui apa yang mereka lakukan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desakan yang dibuat kepada Myanmar untuk menghentikan tindakan zalim dan biadab terhadap masyarakat Islam Rohingya di Rakhine.

Malaysia juga dituntut untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan negara itu dan menarik diri daripada Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 yang sedang berlangsung di Myanmar.

Harussani berkata, beliau bersetuju dengan desakan itu yang dianggap langkah terbaik mengecam tindakan Myanmar yang menghina etnik minoriti di negaranya sendiri.

“Tak payah nak jaga hubungan diplomatik sangatlah..apa sebenarnya kita nak jaga kalau orang Islam diperlakukan dan dihina sebegitu sekali, sedangkan itu rakyat mereka juga.

“Sama juga dengan bola sepak, kalau kita menang dan dapat sorak pun..berbaloi ke,” katanya.- https://www.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *