Home » Langit Terbuka » Harus gugur janin jika dijangkiti zika

Harus gugur janin jika dijangkiti zika

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Wanita hamil yang dijangkiti virus zika dibolehkan menggugurkan janinnya yang belum mencapai usia 120 hari, kata Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Beliau berkata, tindakan itu boleh diambil sekiranya janin yang kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga dan ahlinya.

Menurutnya, apabila situasi itu berlaku, harus menggugurkan janin mengikut kehendak ibu ba­panya.

“Kami lebih cenderung kepada pendapat Majma’ Fiqh Islami berkenaan penyakit talasemia yang boleh diqiaskan bagi isu virus zika ini, sekiranya dapatan kajian daripada pakar perubatan yang diyakini menunjukkan bahawa janin yang dijangkiti virus tersebut boleh mengundang pelbagai bentuk kecacatan sehingga memudaratkan kehidupan keluarga serta bayi itu sendiri.

“Dalam keadaan sedemikian, persetujuan daripada kedua-dua ibu bapa yang diberi kefahaman yang jelas bolehlah diambil kira untuk pelaksanaan pengguguran janin itu,” katanya dalam kenya­taan melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (https://www.muftiwp.gov.my) hari ini.

–  https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *