Sambutan Hari Kekasih yang diraikan oleh pasangan kekasih pada 14 Februari setiap tahun, kali ini berlaku pada hari Khamis. Bagaimanapun, kemeriahan tidaklah sehebat masyarakat Barat atau sambutan pasangan kekasih bukan Islam, kerana Islam tetap mengharamkan sambutannya. Larangan itu kerana ia bukan dalam tradisi Islam dan ia menggalakkan pergaulan bebas yang nyata lebih banyak mendatangkan kerosakan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Panel Jawatankuasa Akidah telah mengharamkan sambutan tersebut dilakukan oleh pasangan Islam manakala Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan turut menetapkan pendirian bahawa sambutan hari kekasih bukanlah merupakan bentuk perayaan yang ada dalam tradisi Islam.
Sambutan Hari Kekasih mempunyai kaitan yang kuat dengan kehidupan masyarakat kuno, terutama dalam lingkungan masyarakat Greek yang pada asasnya kehidupan adalah berdasarkan kesendoan seseorang. Pemuda dilarang untuk berkahwin bagi membolehkan konsep negara polis dikekalkan. Pemuda dipaksa berkorban untuk negara kerana itulah dipilihnya satu hari dalam setahun untuk bersama gadis ataupun wanita dalam satu upacara khusus.
Bagaimanapun, setelah berkembangnya sistem ekonomi kapitalis, sambutan hari memperingati kekasih telah dipromosikan secara besar-besaran bagi meraih keuntungan yang banyak. Usahawan dalam sistem kapitalis mencipta pelbagai gimmick dan simbol untuk menjelaskan pernyataan ketulusan cinta, iaitu daripada pemberian hadiah mahupun menghabiskan masa bersama-sama dalam suasana tanpa gangguan.
Tradisi itu kemudiannya berkembang ke seluruh dunia atas agenda mengaut keuntungan. Pada hari memperingati kekasih, harga bunga yang dijadikan sebagai simbol ketulusan cinta berlipat ganda. Begitu juga dengan hadiah-hadiah lain yang menggunakan simbol “hati”.
Selain menghabiskan wang untuk membeli hadiah, pasangan kekasih turut berbelanja membeli pakaian yang terbaik bagi memperlihatkan keanggunan si pemakainya lebih cantik daripada hari-hari biasa. Apatah lagi jika pasangan terbabit bercadang untuk menghabiskan masa beberapa jam menikmati makan malam bersama di hotel-hotel yang turut menawarkan ruang eksklusif bertemankan cahaya lilin mahupun bilik kecil yang dihiasi lampu malap.
Bahkan, rancangan televisyen turut memaparkan drama atau filem bercorak kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Tidak banyak filem yang boleh menyemarakkan tema kasih sayang dalam keluarga, dan lebih memualkan lagi ialah kebanyakannya adalah filem import yang tersasar jauh daripada budaya, nilai sosial dan agama.
Lebih mengecewakan ialah setiap kali tibanya Hari Memperingati Kekasih, keesokannya terdengar berita ada pasangan Islam ditangkap berkhalwat. Mereka menghabiskan sebahagian malam dengan bercanda atau memadu asmara di taman-taman bunga ataupun kawasan rekreasi berhampiran kediaman.
Hal seperti nampaknya tidak memberikan kesan dan pengajaran kepada ramai pasangan muda Islam. Pasangan terbabit ada ketikanya merupakan pasangan baru menyulam cinta setelah merasakan ada sedikit kebebasan. Mereka tidak dapat melakukannya jika masih dalam jagaan keluarga. Bagi yang berhijrah ke bandar, halangan besar sudah hampir tidak ada, kecualilah penguat kuasa yang menjalankan rondaan.
Terdapat beberapa versi mengenai sejarah atau permulaan sambutan Hari Memperingati Kekasih. Istilah Memperingat Hari Kekasih atau Hari Valentine dikatakan diambil dari nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu keluarga Valentinus. Perkataan itu turut dikatakan terdapat dalam bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud sihat, kuat, aktif dan seumpanya termasuk sendo, gagah dan macho.
Ada juga versi lain yang mengatakan Valentine diambil dari nama seorang paderi yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol, iaitu St Valentine. Nama itu diabadikan oleh Ratu Isabella sebagai penghargaan kepada St Valentine yang berjaya membangkitkan semangat tentera bagi menumpaskan empayar Islam di Kordoba, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi.
Dalam tradisi Rom kuno, sebelum hadirnya agama Islam terdapat sebuah pesta keraian yang dikenali dengan nama Lupercalia. Ia disambut selama seminggu, iaitu dari 13 hingga 18 Februari sebagai upacara pembersihan diri. Dua hari pertama, mereka akan menyembah Juno Februata, iaitu dewi cinta.
Ketika melakukan penyembahan itu, para pemuda akan memilih nama gadis pilihan mereka dan nama itu ditulis sebagai bukti. Ia kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah kota dan setiap pemuda itu kemudiannya akan mengambil nama itu secara rawak seperti cabutan nombor bertuah. Bila cabutan itu dibuat, maka gadis yang bernama seperti tertera di atas kertas tersebut akan dipanggil dan dijadikan pasangannya selama setahun. Penjodohan itu membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk hidup sebagai pasangan kekasih dan melakukan seks tanpa halangan.
Selepas “penjodohan” itu, pada 15 Februari pasangan tersebut akan memohon perlindungan dari dewa Lupercalia agar dijauhkan dari serangan binatang berbisa, terutamanya serigala. Bagi memohon perlindungan, mereka akan menyembelih seekor anjing dan seekor kambing. Darah binatang itu kemudian disapu ke atas pasangan tersebut oleh dua orang pemuda yang dianggap paling gagah. Bagi membersihkan diri, mereka kemudiannya akan menggunakan susu.
Selepas proses pembersihan itu selesai, pasangag berkenaan akan diarak secara besar-besaran yang diketuai oleh dua orang pemuda yang melumurkan darah binatang. Pasangan itu kemudiannya diminta memukul orang ramai yang berada di sepanjang laluan perarakan dengan kulit binatang. Ia menjadi rebutan ramai wanita dan sanggup menerima pukulan sebagai simbol meningkatkan tahap kesuburan.
Dalam versi yang lain, sambutan Hari Valentine dikatakan mula disambut bagi meraikan kematian paderi St Valentine di zaman pemerintahan raja Rom bernama Claudius II. Berhubung dengan versi ini, terdapat dua catatan yang berbeza. CAtatan pertama menceritakan bahawa Claudius II, kerajaan Rom amat memusuhi penganut agama Kristian. Kebencian itu menyebabkan ramai padei telah ditangkap dan dipenjarakan.
Salah seorang paderi ialah St Valentine yang tidak berganjak dengan pegangan agamanya. Semasa dalam penjara, beliau terus menyebarkan ajaran Kristian. Selain menyebarkan agama Kristian, St Valentine juga membantu para tahanan untuk meloloskan diri, akibatnya, Claudius II memerintahkan St Valentine dibunuh pada tarikh 14 Februari. Tarikh kematian itu kemudian dianggap oleh penganut Kristian sebagai kemuncak pengorbanan St Valentine terhadap agama Kristian dan beliau hampir disamakan dengan Jesus, iaitu menebus dosa penganut Kristian.
Ada juga catatan mengatakan, semasa hidup dalam tahanan St Valentine dikatakan menyulam cinta terlarang dengan anak gadis seorang warden. Sebelum dibunuh, St Valentine telah menulis surat khusus untuk gadis itu dan ditulis dengan kata-kata From Your Valentine. Tulisan itu kemudiannya mempengaruhi penganut Kristian untuk mengabadikan nama tersebut sebagai hari meraikan kasih sayang.
Dalam catatan kedua, dikatakan bahawa Claudius II tidak menggalakkan pemuda berkahwin. Keputusan itu dibuat berdasarkan persepsi bahawa anggota tentera yang belum berkahwin adalah lebih tabah dan tabah ketika berperang berbanding mereka yang sudah berkahwin.
Pendirian Claudius II itu tidak diterima oleh St Valentine. Kemudiannya, St Valentine menggalakkan pemuda berkahwin dan beliau sendiri yang melakukan acara pernikahan. Akibatnya, Claudius II amat kecewa dan memerintahkan St Valentine dihukum gantung pada 14 Februari 269M.
Lain-lain pendapat ialah pada tarikh 14 Februari ialah bermulanya musim mengawan bagi burung. Pendapat ini berdasarkan tradisi Inggeris. Bagaimanapun, pada tarikh tersebut juga dikaitkan dengan permulaan musim bunga, yang mana negara yang beriklim sejuk dihiasi dengan warna-warna flora. Ini membangkitkan rasa romantik dan emosi kasih sayang dalam pasangan Inggeris kerana bebas menikmati keindahan musim bunga. Bagaimanapun, disebabkan perubahan musim sudah bertukar, tarikh 14 Februari tidak lagi dikaitkan dengan musim bunga, kerana ada negara berhadapan dengan limpahan salji tebal.
Dari perspektif Islam, telah disepakati bahawa sambutan Memperingati Hari Kekasih adalah haram sebagaimana dimaksudkan dalam al-Qur’an yang bermaksud: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67).
Semasa Nabi Muhammad mula tiba di Madinah, kehidupan secara jahiliyyah masih meluas, dilihat baginda penduduknya meraikan dua hari raya dengan begitu ghairah dan penuh keseronokan. Melihatkan situasi itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai.).
Islam hanya meraikan dua perayaan utama, iaitu Adilfitri dan Aidiladha. Perayaan keduanya tidak disulami dengan kegembiraan melampau, termasuk pergaulan bebas oleh pasangan yang bukan muhrim. Setelah berakhirnya zaman Khalifh ar-Rasyidin, beberapa perayaan lagi telah dimasukkan sebagai tarikh penting memperingati sesuatu peristiwa besar dalam Islam, itu Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan awal Muharram.
Akhir-akhir, tidak kurang dalam kalangan masyarakat Islam mula membawa masuk pelbagai hari perayaan untuk disambut, misalnya permualan Tahun Masihi, Hari Haloween, Hari Mandi Safar dan Hari Valentine. Bahkan, sambutan hari-hari tersebut dilarang oleh Nabi Muhammad SAW seperti maksud sabda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud).
Sheikh al-‘Utsaimin (nama sebenar ialah Sheikh Abdillah Muhammad Bin Shalih Bin Muhammad Bin Utsaimin Al-Wahib At-Tamimi. Lahir 27 Ramadhan 1347H dan meninggal pada 15 Syawal 1421 H ketika berusia 74 tahun) turut melarang sambutan Hari Memperingati Kekasih dengan berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
Dalam mesyurat kali ke-71 pada 22 hingga 24 November 2005, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”. Ini selaras dengan larangan Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120).
Jelaslah bahawa Hari Meraikan Kekasih bukanlah Hari Memperingati Kasih Sayang, ia adalah hari yang benar-benar membawa penghinan kepada Islam, kerana pada tarikh itu terhapusnya sebuah kerajaan Islam yang berpengaruh di Sepanyol. Tarikh 14 Februari juga merupakan usaha kapitalis secara halus untuk mengaut keuntungan manakala penganut Yahudi tetap mempromosikannya sebagai sambutan universal bagi menggugat akidah umat Islam.
MUHAMMAD IRFAN ISKANDAR
Hari Valentine bukan hari kasih sayang
21 February 2013

KOMEN