Home » Langit Terbuka » Harga model tertentu Perodua lebih rendah selepas SST

Harga model tertentu Perodua lebih rendah selepas SST

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd berkata, berdasarkan struktur SST, hampir semua model Perodua akan menyaksikan penurunan harga

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menurunkan harga model kereta tertentu antara satu ke tiga peratus berikutan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada Sabtu lalu.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, berkata berdasarkan struktur cukai baharu itu, hampir semua model Perodua akan menyaksikan harga lebih rendah.

“Kami ingin berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia, terutama 3.3 juta pelanggan yang memilih Perodua sebagai jenama pilihan

“Kami akan terus menawarkan nilai terbaik di pasaran Malaysia melalui harga baharu kami,” tambahnya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *