Home » Langit Terbuka » Harga minyak dunia naik 2 peratus

Harga minyak dunia naik 2 peratus

Harga minyak Amerika Syarikat mencecah AS$70 setong buat kali pertama dalam tempoh dua bulan

 

SINGAPURA – Minyak mentah melonjak dua peratus dalam dagangan hari ini, turut menyaksikan minyak Amerika Syarikat mencecah AS$70 setong buat kali pertama dalam tempoh dua bulan.

Kenaikan itu susulan pengaruh Washington supaya sekutu-sekutunya menghentikan import minyak mentah Iran.

Pasaran terus meningkat dalam perdagangan selepas Institut Petroleum Amerika mengatakan inventori minyak Amerika Syarikat jatuh 9.2 juta tong, jauh melebihi kejatuhan 2.6 juta tong yang disasar awal.

Minyak mentah Brent naik sebanyak AS$1.58 kepada AS$76.31 setong, sementara minyak mentah West Texas Intermediate bertambah sebanyak AS$ 2.45 kepada AS$70.53.

Dalam pasca penyelesaian dagangan, Brent telah meningkat kepada $76.61 setong, manakala minyak Amerika Syarikat naik kepada $ 70.76 setong.

Washington sedang berusaha keras mempengaruhi sekutu-sekutunya menghentikan import minyak Iran dari bulan November ini, kata pegawai kanan Jabatan Negara, sambil menambah ia tidak akan memberikan pengecualian kepada sekatan. – Malaysia Gazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *