Home » Langit Terbuka » HARAPAN OKU Berharap Kerajaan Baharu Meratifikasi CRPD

HARAPAN OKU Berharap Kerajaan Baharu Meratifikasi CRPD

KUALA LUMPUR – Harapan OKU, kumpulan advokasi bagi orang kurang upaya (OKU) di Malaysia, berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meratifikasi sepenuhnya Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) dan Protokol Opsional.

Dalam satu kenyataan semalm, kumpulan itu menyatakan bahawa Malaysia telah menandatangani CRPD tetapi menangguhkan sama ada untuk memperakukan mengenai dua daripada artikelnya iaitu Artikel 15 dan Artikel 18.

“Artikel 15 ialah berhubung kebebasan dari penyeksaan atau kekejaman, tidak berperikemanusiaan, atau menjatuhkan maruah atau hukuman sementara Artikel 18 mengiktiraf hak orang kurang upaya untuk kebebasan pergerakan, kebebasan untuk memilih tempat tinggal mereka dan kewarganegaraan”, kata kenyataan itu.

Protokol Opsional adalah perjanjian sampingan kepada CRPD yang memperakukan dan memberi kuasa kepada Jawatankuasa mengenai Hak Orang Kurang Upaya untuk bertindak atas petisyen yang dikemukakan oleh individu yang mendakwa hak mereka dicabuli.

Jawatankuasa itu juga diberi kuasa untuk menjalankan enkuiri mengenai bahaya atau perlanggaran sistematik CRPD. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1477040

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *