Home » Langit Terbuka » Harap Lebih Ramai Wanita Dalam Kabinet, Timbalan Menteri – TPM

Harap Lebih Ramai Wanita Dalam Kabinet, Timbalan Menteri – TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin

MELAKA – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap lebih ramai wanita dilantik menganggotai Kabinet dan timbalan menteri dalam senarai penuh yang dijangka diumumkan dalam waktu terdekat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, wanita perlu diketengahkan untuk turut bersama-sama berperanan dalam memacu pembangunan negara.

“Memang (pelantikan) itu di bawah kuasa Perdana Menteri, Tun (Dr Mahathir Mohamad). Kita sudah beri nama-nama cadangan, pada masa yang sama kita akur yang beliau terpaksa mengambil sedikit masa kerana faktor kerjasama membabitkan empat parti.

“Ini kerana kemenangan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) perlu dirasa bersama mengikut rasa kebertanggungjawaban dan amanah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin, di Taman Harta Pertama, Bukit Baru, di sini, malam ini.

Ketibaan Wan Azizah yang juga Presiden PKR yang disambut lebih 1,000 penduduk pada jam 8.30 malam itu turut disambut oleh Shamsul Iskandar dan isteri, Dr Zakiah Mohd Tahir.

Yang hadir sama, Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Adly Zahari dan barisan EXCO kerajaan negeri Melaka.

Pada 21 Mei lalu, 13 menteri mengangkat sumpah jawatan mereka di hadapan Yang di-Pertuan Agong. – BERITA HARIAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *