JEDDAH – Â ‘Bullet train’ antara Makkah- Madinah di Arab Saudi dijangka siap September ini.
Menteri Pengangkutan Saudi, Nabil Mohammed Al-Amoudi berkata, Haramain Express berkelajuan lebih 300 km sejam itu bakal menjadi kereta api tercepat di Timur Tengah.
“Kereta api ini boleh menampung 60 juta penumpang setahun dan mula beroperasi secara rasmi pada awal 2019.
“Landasan sepanjang 450 km akan melalui King Abdullah Economic City dan menghubungkan bandar Raja Abdulaziz di Jeddah,” katanya.
Beliau menambah, sisitem pengangkutan ini merupakan dasar ekonomi utama yang dirancang di negara itu sekali gus menjadi transformasi pengangkutan bagi memenuhi visi 2030.
Difahamkan, kereta api Haramain Express menelan kos AS$26 juta dan mula dibina pada Mac 2009.
Pembinaan kereta api ini bakal memudahkan perjalanan antara Makkah ke Madiah dengan hanya mengambil masa sekitar dua jam berbanding menaiki bas yang mengambil masa enam jam perjalanan.
Sementara itu, Gabenor Madinah, Pangeran Faisal bin Salman menjangkakan seramai 15 juta penumpang akan menaiki kenderaan ini menjelang musim umrah pada 2020 nanti. – Arab News
KOMEN