Kuala Lumpur – Enam jemaah sahaja dibenarkan untuk menunaikan solat lima waktu di masjid di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula malam ini.
Bagaimanapun, kerajaan turut membenarkan laungan azan dibuat bagi mengimarahkan masjid.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam jemaah itu akan ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam.
“Bagaimanapun, cadangan ini akan dibawa ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa agama negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj untuk diperkenankan.
“Keputusan lanjut akan diumum oleh JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri Selangor dalam masa terdekat,” katanya.
Katanya, selain itu, hanya enam individu termasuk pengurusan dan petugas dibenarkan berada di rumah ibadat bukan Islam. – Harian Metro
KOMEN