SUNGAI PETANI – Telah diadakan Halaqah Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Sungai Petani pada 25 Julai.
Seramai 50 anggota SAY Sungai Petani hadir ke majlis ilmu ini, yang diadakan di Pusat Gerakan SAY Sungai Petani, Taman Baiduri.
SAY Sungai Petani turut mengambil kesempatan ini untuk berbincang mengenai perancangan program dan bertukar pandangan dengan Yang Dipertua YADIM.
Hadir sama ialah Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Puan Hafsah Husain serta pegawai dan kakitangannya dan Pengerusi SAY Sungai Petani, Encik Basor Haron.
KOMEN