SHAH ALAM – Pas memerhati dengan serius perkembangan politik semasa selepas PRU14 dalam tempoh pembentukan kabinet kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dalam perkembangan sekarang ini, perkara utama yang mesti dijaga adalah perpaduan dan keharmonian masyarakat dalam fasa peralihan kuasa.
“Selain itu, Pas memandang serius hal ehwal kepentingan Islam dan hak umat Islam yang perlu dititik beratkan oleh kerajaan yang baru dilantik, selari dengan majoriti penduduk Malaysia dari kalangan Melayu Islam,” katanya.
Perkembangan terbaharu pembentukan kerajaan pasca PRU14 menyaksikan beberapa negeri telah menjalankan urusan pentadbirang masing-masing, dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga hari ini telah memasuki pejabat.
Pakatan Harapan kini mentadbir kerajaan selepas berjaya menumbangkan kerajaan BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak pada PRU14, Rabu lalu. – SINAR HARIAN
KOMEN