DENPASAR – Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar, Bali ditutup sementara ekoran gunung berapi Agung yang meletus sejak malam tadi.
Letupan menyebabkan asap tebal dan abu setinggi 2,000 meter ke udara mula menyelubungi pulau pelancongan Bali dan kawasan sekitar.
Jurucakap pihak berkuasa, Yanus Suprayogi berkata, lapangan terbang ditutup sejak jam 3 pagi tadi (waktu tempatan) dan dijangka berterusan hingga hari ini.
“Berdasarkan jangkaan agensi meteorologi, abu gunung berapi itu dijangka tiba ke kawasan lapangan terbang pada pagi Jumaat,” katanya.
Justeru katanya, tempoh penutupan lapangan terbang berkemungkinan dikaji semula.
Berikutan peningkatan aktiviti Gunung Agung, sekurang-kurangnya 48 jadual penerbangan sudah dibatalkan setakat ini, termasuk milik AirAsia dan JetStar. – AGENSI
KOMEN