Home » Citra Yadim » GPS: Selangkah bersama menggapai cita

GPS: Selangkah bersama menggapai cita

Antara peserta GPS

BALING, 20 Januari – Dunia kampus yang bakal dihuni oleh bakal mahasiswa bukan satu dunia yang indah dan menyediakan yang muluk-muluk sahaja. Dunia kampus sewajarnya menjadi medan bagi bakal mahasiswa untuk melengkapkan diri dengan ilmu bukan sahaja ilmu di dalam bilik kuliah tetapi juga ilmu kemasyarakatan dan kemahiran diri. Asas paling penting adalah persediaan dalaman iaitu mencakupi persiapan fizikal dan mental.

Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Majlis Pimpinan Sahabat Yadim telah menganjurkan program Gerbang Pra-Siswa (GPS) yang bertempat di Kem Motivasi, Lata Bayu, Baling. Program tiga hari dua malam ini, adalah bertujuan untuk membantu bakal mahasiswa agar mereka mendapat informasi selengkapnya tentang peluang dan cabaran yang bakal dihadapi di alam kampus. Di samping mendedahkan peserta kepada pengisian spiritual yang merupakan persediaan paling penting bagi menjadi mahasiwa yang kental fizikal dan mentalnya.

Golongan mahasiswa pada hari ini tidak seharusnya dibiarkan hanyut dalam arus kemajuan dan berasa selesa dengan segala kemudahan yang ada sekarang. Oleh sebab itu, mereka perlu diberi kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab yang sewajarnya dimainkan oleh mereka bagi mendepani realiti semasa.

Program ini diharap dapat membentuk mahasiswa yang cergas dan cerdas baik dari segi mental mahupun fizikal, sekaligus memantapkan personaliti yang unggul di mata masyarakat.

Program ini ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar setempat apabila seramai 102 orang peserta telah mengikuti program ini yang terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *