TELOK PANGLIMA GARANG- Bertempat di Kampung Batu 9 Kebun Bharu di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program berbentuk khidmat bakti pasca banjir.
Mereka telah bekerjasama membersihkan dua kediaman di sini yang menjadi mangsa banjir baru baru ini.
Pasukan yang diketuai oleh Hasmawi Mahidin ini menghabiskan masa selama dua jam membersihkan kedua kediaman berkenaan. Hadir sama, Setiausaha Kerjanya, Hanizah Sumiri.
Selesai program, Sukarelawan YADIM Kuala Langat juga menyampaikan sumbangan kepada kedua keluarga.
KOMEN