Home » Citra Yadim » Gotong-royong pasca banjir Kelantan

Gotong-royong pasca banjir Kelantan

SEBAGAI Antara daerah yang teruk terkesan dengan musibah banjir, Rantau Panjang menjadi lokasi terkini program pasca banjir YADIM Kelantan dan rakan strategiknya.
Program anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dengan kerjasama YADIM Kelantan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia dan beberapa agensi lain pada 16 Januari berjaya mengumpulkan seramai 100 orang yang bersama membersihkan Kampung Lubuk Gong, Rantau Panjang.
Gotong-royong bermula di Masjid Warisan, Kampung Lubok Gong dan rumah-rumah serta jalan sepanjang 3 kilometer dari masjid tersebut.
Selesai aktiviti gotong-royong, seramai 65 keluarga yang terlibat dengan banjir menerima sumbangan pek bekalan makanan asas, kit kebersihan diri dan sejadah sumbangan daripada MKN dan YADIM.
Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang, Pengarah MKN Kelantan Encii Jefny Mohammad dan Pengarah ROS Kelantan Puan Dalila Diyana Mat Zaid.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *