PAYA BESAR – Di kawasan ini, ada mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), ada pula yang berpindah ke rumah ahli keluarga dan ada juga yang bertahan di rumah atau kawasan tinggi sekitar rumah masing-masing.
Berusaha menyantuni mereka yang terlibat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dengan kerjasama Masjid Al-Bukhari Nurul Aman, Taman Mahkota Aman, Khidmat Malaysia Paya Besar dan Jabatan Amal Malaysia Cawangan Paya Besar telah bergotong-royong memasak, membungkus dan mengagihkan 300 pek makan malam dan minuman kepada warga Paya Besar yang menjadi mangsa banjir pada 21 Disember.
Agihan dijalankan di beberapa kawasan perumahan yang masih belum surut airnya, khemah sukarelawan dan pusat pemindahan banjir berdekatan.
KOMEN