KEBUN BHARU – Kampung Kebun Bharu menjadi lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat.
Program pada 21 Mac ini bermula dengan aktiviti bergotong royong di rumah keluarga Taipur Ahmad Darso, seorang warga emas yang uzur di sini.
Program diteruskan dengan menyampaikan sumbangan lampin pakai buang kepada seorang lagi warga emas, Minah Kucit yang terlantar akibat angin ahmar.
Lokasi ketiga program ialah di kediaman Norbahyah Sapar yang menghidap penyakit jantung dan buah pinggang.
Norbahyah yang menjalani rawatan dialisis di Pusat Rawatan Dialisis Sijangkang, menerima sumbangan barangan keperluan harian.
Turun padang menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi Sukarelawan YADIM Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan Setiausahanya, Hanizah Sumiri.
KOMEN