Home » Langit Terbuka » Golongan Muda Terus Jadi Fokus – Syed Saddiq

Golongan Muda Terus Jadi Fokus – Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan yang baru Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Kerajaan percaya nasib dan masa hadapan belia harus ditentukan oleh golongan belia sendiri.

MUAR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjanji akan memastikan golongan belia terus menjadi fokus utama dalam agenda pembangunan negara.

Beliau berkata Kerajaan percaya nasib dan masa hadapan belia harus ditentukan oleh golongan belia sendiri dan kini belia akan mempunyai ruang dan peluang untuk membuktikan kuasa belia sebagai penggerak masa hadapan negara.

“Usaha untuk mengangkat suara anak muda terus dihargai apabila kami dilantik menjadi anggota Jemaah Menteri.

“Kerajaan hari ini adalah kerajaan yang inklusif dan sentiasa mengutamakan merit dalam idea dan sumbangan tanpa mengira umur dan latar belakang,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Anggota Parlimen Muar itu berkata Kerajaan juga berazam untuk memperjuangkan sukan tempatan secara lebih inklusif dan adil. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1476422

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *