Home » Langit Terbuka » Gesa pembebasan Masjid Al-Aqsa

Gesa pembebasan Masjid Al-Aqsa

Mapim juga menuntut agar kerajaan Myanmar membayar ganti rugi terhadap kerosakan harta benda serta kehilangan nyawa orang awam hasil tindakan kejam mereka, tegas Presidennya.

ALOR SETAR – Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Yayasan Restu dan Kolej Islam Darul Ulum mengambil inisiatif menganjurkan Bacaan Yasin Sejuta Umat Peringkat Negeri Kedah.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bacaan Yasin berkenaan diadakan di Masjid Sharifah Fatimah, Jitra bermula jam 7.30 malam pada 21 Ogos ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi berkata, inisiatif berkenaan diambil demi menggesa pembebasan Masjid Al-Aqsa dan menyelamatkan golongan Mustad’afin seluruh dunia.

“Melalui bacaan doa ini, pihak kami berharap dapat menggerakkan kesedaran dan memotivasikan umat Islam supaya bersedia memberi bantuan kepada saudara seagama yang kini berdepan ujian besar melalui pelancaran tabung kemanusiaan dan tabung peduli ummah.

“Kita ingin beri kesedaran kepada umat Islam seluruh dunia mengenai nasib sejumlah umat Islam yang berdepan kelaziman akibat krisis kemanusiaan, genoside dan perang sivil seperti di Palestin dan Rohingya,” katanya.

Tegasnya, program berkenaan diadakan demi memohon ALLAH SWT memberikan bantuan, keamanan dan kesejahteraan buat umat Islam di negara-negara bergolak terbabit.

“Malah, kempen digerakkan ke seluruh dunia dengan mengharapkan sokongan pelbagai peringkat itu dilaksanakan demi menyatukan seluruh umat Islam,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan penyertaan 1,000 penduduk setempat sekitar kawasan berkenaan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti bacaan Yasin itu.

Malah berharap masjid-masjid lain turut mengambil peluang untuk melaksanakan program bacaan Yasin beramai-ramai demi mendoakan kesejahteraan umat Islam itu.

Dalam pada itu, pihaknya turut mengharapkan sokongan umat Islam dari 10 negara jiran, seperti Indonesia, Bangladesh, Cambodia, Thailand dan Kem Perlindungan Rohingya untuk menganjurkan program itu.

Menurutnya, pemilihan tarikh 21 Ogos berkenaan dilihat bertepatan demi memberi kesedaran kepada orang ramai, memandangkan Masjid Al-Aqsa diceroboh pada 21 Ogos 1969. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *