Home » Citra Yadim » Generasi muda perlu hayati sirah Rasulullah

Generasi muda perlu hayati sirah Rasulullah

JOHOR BAHRU 13 Dis. – Kisah-kisah perjuangan Nabi Muhammad SAW perlu sentiasa disampaikan kepada masyarkat terutama kepada generasi muda bagi mengigatkan mereka terhadap erti pengorbanan dalam kehidupan dan dakwah menegakkan agama Islam di muka bumi ini.

Pengurus Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan, Muhammad Ammar Abdullah berkata, sirah Rasulullah adalah elemen penting dalam menerangkan erti perjuangan dan kecintaan kepada agama Islam kerana kisah-kisah baginda sememangnya sarat dengan ikhtibar.

“Justeru, generasi muda harus terus mempelajari sirah Rasulullah dan lebih penting lagi menghayatinya serta mengambil ikhtibar yang terkandung daripada kisah-kisah perjuangan baginda,’’ katanya.

Beliau berkata, menyedari peri pentingnya generasi muda meneladani perjuangan Rasulullah, YADIM Zon Selatan telah mengadakan program Nadwah Hubbur Rasul pada10hb Disember 2017 bersamaan 21 Rabiulawal 1439H.

Katanya, program yang diadakan di Dewan Sri Perdana, Kolej Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai itu telah dihadiri hampir 150 peserta yang terdiri daripada para mahasiswa dan mahasiswi UTM.

“Sememangnya program ini adalah untuk generasi muda khususnya para mahasiswa di UTM ini, kerana hasrat penganjur adalah bagi golongan berkenaan memperingati sirah Nabi Muhammad SAW dan mengambil iktibar daripada pengorbanan baginda terhadap umatnya’’ katanya.

Ahli Panel bagi forum ini ialah dua ikon dakwah iaitu Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan  dan Dai’ Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful (Pendakwah bebas)

Selain YADIM, turut bersama-sama menjayakan program ini termasuk, Pusat Islam UTM, Skudai, Institut Pembangunan Felo UTM, Skudai dan Kolej Perdana UTM, Skudai

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *