TERPIKAT dengan ajaran Islam yang menghormati semua ajaran agama dan budaya, sekitar 500 ekspatriat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), memutuskan untuk memeluk agama Islam, dalam tempoh empat bulan.
“Hebatnya, beberapa daripada mereka memutuskan untuk menjadi mualaf setelah mendengar suara merdu azan serta perlakuan baik umat Islam di sini,” ujar Ketua Jabatan Bimbingan Bahagian Kemajuan Rohani dan Keagamaan UAE, Yusra Al-Gaood seperti yang disiarkan onislam.net, baru-baru ini.
Beliau berkata, ribuan orang, sebahagian besarnya bukan Islam, berbondong-bondong berkunjung ke Pusat Kebudayaan Islam Mohammed Bin Rashid di Al Barsha dan perhimpunan keluarga Zayed Bin Mohammed di Al Khawaneej-1 untuk mendengarkan ceramah tentang Islam.
Huda Al-Kaabi, ketua seksyen yang mengurus hal ehwal mualaf di jabatan berkenaan menyatakan, kempen tahunan yang bertemakan ”Jika Anda Tahu Dia, Anda akan Cinta Dia” telah memberikan pencerahan kepada banyak pihak sehingga mereka mengambil keputusan untuk menjadi seorang Muslim.
Al-Kaabi juga memuji usaha para pendakwah yang melaksanakan pelbagai program dalam memperkenalkan ajaran Islam yang sebenarnya.
”Melalui ceramah mereka, para mualaf tahu betapa toleran dan damainya Islam. Mereka yakin hal itu akan menjamin kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat,” katanya.
Beliau berkata, ada juga di kalangan bukan Islam yang tertarik dengan Islam selepas mendengar kisah Nabi Muhammad SAW.
“Ada pula yang tersentuh oleh ajaran Islam yang penuh belas kasih, menghormati semua budaya dan agama, dan dinilai paling sesuai dengan masa lalu, sekarang, dan masa depan,ââ katanya.
Sementara itu, menurut Al-Gaood, setelah memeluk Islam, ramai di kalangan mualaf yang mempelajari Islam daripada kenalan mereka, sementara beberapa yang lainnya mendalami agama  dengan membaca buku-buku tentang Islam, atau mengunjungi pusat-pusat Islam di UAE.
“Jabatan ini, misalnya, menyediakan hampir semua kemudahan yang diperlukan untuk membantu mereka yang baru memeluk Islam. Kami berusaha menjawab dan menjelaskan semua pertanyaan mereka tentang ajaran agama baru mereka.”
Menurut laporan Khaleej Times pula, jabatan yang dipimpin Al-Gaood menyediakan pelbagai sarana untuk mempelajari Islam seperti cakera padat, kaset, dan buku-buku Islam dalam pelbgai bahasa. Katanya, kursus keislaman untuk para mualaf juga diberikan dengan cara yang mudah, menarik, dan persuasif.
“Setelah tamat kursus itu, para mualaf akan menerima sijil sebagai bukti mereka sudah memeluk Islams,” jelasnya.
Menurut laporan sebelum ini, seramai 2,115 orang, sebahagian besarnya golongan ekspatriat, Â bersyahadat pada 2013.
Jumlah berkenaan meningkat 10 peratus dibandingkan tahun sebelumnya yang mencatatkan angka sebanyak 1,907 pemeluk agama Islam baru.
Angka itu juga merupakan peningkatan dibandingkan pada 2011yang hanya mencatatkan seramai 1,380 orang yang dilaporkan masuk Islam di Dubai dan wilayah lainnya di UAE. Pada 2010, sebanyak 1,500 orang menyatakan diri menjadi Muslim, dan 1.059 orang pada 2009. – REPUBLIKA
KOMEN