Home » Citra Yadim » Gelombang kedua banjir: YADIM Sarawak aktifkan semula bilik gerakan

Gelombang kedua banjir: YADIM Sarawak aktifkan semula bilik gerakan

SERIAN – Hujan lebat tanpa henti di negeri ini mengakibatkan kejadian banjir sekali lagi di Kuching, Samarahan dan bahagian ini.

Beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) juga telah dibuka semula iaitu di Dewan Batu Lintang, Dewan Kampung Betong Kanowit, PPS Dewan Rimba Padi dan PPS Lubok Bunting.

Ekoran itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak juga telah mengaktifkan semula bilik gerakan banjirnya. Petugas di pusat ini terdiri daripada para pegawai YADIM Sarwak disertai oleh Sukarelawan YADIM Kuching dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Antaranya ialah Yayasan Ikhlas Sarawak dan Earth Ul Mustafa (EMO) yang telah bersama-sama menyediakan keperluan untuk sumbangan termasuklah memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Pada jam 5.30 petang 31 Januari, tujuh petugas YADIM Sarawak dan Sukarelawan YADIM Kuching telah bergerak ke Bahagian Serian menyantuni 106 mangsa daripada 26 keluarga di PPS Dewan Kampung Lintang dan PPS Dewan Kampung Betong Kanowit, Serian.

Sebanyak pek makanan kering dan barangan kebersihan dan 125 pek bubur lambuk diserahkan kepada wakil Angkatan Pertahanan Awam Sarawak (APM) Bahagian Serian, Muhd. Alwan Wee Abdullah. Majoriti mangsa di sini adalah beragama Islam.

Manakala, di PPS Betong, Kanowit pula, sebanyak 50 pek bubur beserta dengan 6 pek makanan kering dan juga set kebersihan peribadi juga telah diserahkan kepada Tuan Akes Awar Bumi juga daripada pihak APM Bahagian Serian. Kesemua mangsa di sini berbangsa Bidayuh dan beragama Kristian.

Sebaik sahaja selesai penyampaian sumbangan di kedua-dua PPS ini, YADIM juga turut menyampaikan sumbangan bubur kepada Petugas Polis dan RELA yang bertugas di sekatan jalan raya Kampung Bintawa Lama di Serian ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di kampung tersebut.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *