Home » Langit Terbuka » Gelaran pengganas adalah “pingat kehormatan”- Haniyeh

Gelaran pengganas adalah “pingat kehormatan”- Haniyeh

Haniyeh anggap gelaran pengganas itu adalah satu penghormatan baginya – Foto AP

GAZA 2 Feb. –  Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh bangga apabila namanya telah dimasukkan ke senarai Amerika Syarikat sebagai pengganas antarabangsa dan menyifatkannya sebagai “pingat kehormatan.”

Haniyeh bercakap buat kali pertama sejak AS mengumumkan keputusan itu pada Rabu.

Beliau memberi reaksi itu semasa mengadakan perhimpunan di Gaza City yang mengumpulkan beratus-ratus penyokong Hamas.

Gelaran tersebut bagaimanapun menjadikan Haniyeh antara individu yang dikenakan tindakan pembekuan aset oleh AS bagi menghalang mana-mana warganya melakukan sebarang transaksi dengan Haniyeh.

AS secara rasminya melabelkan Hamas sebagai “organisasi pengganas”, terhadap gerakan yang telah melancarkan tiga siri peperangan dengan Israel serta menguasai Jalur Gaza sejak 2007.

Menurut Haniyeh, apa sahaja yang dilakukan AS itu tidak akan melemahkan perjuangan Hamas untuk terus menentang Israel.

Selain Haniyeh, beberapa lagi pegawai Hamas lain yang berada dalam senarai AS itu turut berkumpul bagi menyatakan protes terhadap AS dan rejim Israel.

Haniyeh telah menganggotai kepimpinan politik Hamas sejak 1990an dan menggantikan Khaled Mashaal pada Mei 2017 untuk menjadi pemimpin tertinggi gerakan itu. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *