Home » Langit Terbuka » Gelar Nabi Muhammad panggilan tidak wajar perlu bertaubat

Gelar Nabi Muhammad panggilan tidak wajar perlu bertaubat

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria. Foto : https://iluminasi.com/img

IPOH 8 Jan. – Perbuatan menggelar Nabi Muhammad SAW dengan sebarang nama panggilan yang tidak sewajarnya adalah haram dan perlu bertaubat, demikian tegas Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Beliau berkata perbuatan tersebut merupakan satu penghinaan terhadap Rasullullah yang merupakan kekasih ALLAH dan sebagai umat Islam perbuatan  tersebut tidak boleh dipandang ringan.

“Jangan  cakap tidak tentu pasal atau berlawak (berkenaan Nabi Muhammad dan agama),” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas tindakan seorang artis lelaki  dalam satu program stesen televisyen swasta yang menggelar Nabi Muhammad SAW sebagai “Che Mat”.

Perbuatan artis itu dalam rakaman program yang tular di media sosial itu  dikecam masyarakat sehingga terdapat pendakwah dan penceramah agama yang menggesa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan tegas.

Sehubungan itu, Harussani berkata JAIPk perlu memberi perhatian terhadap perbuatan artis berkenaan yang bermastautin di Perak dengan memanggilnya untuk memberi keterangan.

“Tanggungjawab JAIPk panggil individu tersebut supaya (isu ini) tidak berlanjutan,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *